MESYUARAT BENDAHARI-BENDAHARI UNIVERSITI AWAM KALI KE-84
Kuala Lumpur, 26 September 2018 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah terpilih untuk menjadi Tuan Rumah bagi Mesyuarat Majlis Bendahari-Bendahari Universiti Awam kali ke-84 (MBBUA). Mesyuarat ini telah berlangsung selama dua (2) hari bermula pada 24 – 25 September 2018 di Dewan Pendekar, UPNM.
Dr. Rohayati binti Mohd Isa, Bendahari Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengetuai delegasi MBBUA kali ke-84 yang melibatkan 18 Universiti Awam yang lain. Ketibaan delegasi pada 24 September 2018 disambut mesra oleh En. Mohd Hairay bin Md Yusof, Bendahari UPNM di Pusat Maritim untuk melawat Makmal Simulator Pandu Arah. Delegasi juga turut dibawa ke Lapang Sasar Menembak 10 Meter pada 25 September 2018.