1.0    Piagam Pejabat Bendahari

  • Memastikan pengurusan kewangan Universiti dilaksanakan dengan cekap, teratur dan mematuhi peraturan dan pekeliling yang ditetapkan.
  • Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kewangan kepada pihak-pihak yang berkepentingan.
  • Menyediakan maklumat kewangan dengan tepat, cepat dan relevan kepada pelanggan.
  • Bertanggungjawab untuk memastikan kedudukan kewangan Universiti sentiasa terkawal seperti mana sasaran yang ditetapkan.
  • Mewujudkan peraturan-peraturan kewangan yang komprehensif dan berkesan.

1.1    Piagam Seksyen Akaun

  • Menyediakan Nota Jemaah Menteri (NJM) dan Laporan Ringkasan Kedudukan Kewangan dan Prestasi (LRKKP) untuk dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak lewat daripada 10 Januari setiap tahun.
  • Menyediakan Penyata Kewangan UPNM yang lengkap untuk dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara selewat-lewatnya pada 30 April setiap tahun.
  • Memastikan semua pelarasan Penyata Bank disediakan sebelum/ pada 10hb bulan berikutnya.
  • Memastikan semua manual jurnal dipost ke dalam sistem selewatnya 5hb setiap bulan.

1.2   Piagam Seksyen Aset

  • Memastikan aset alih universiti diuruskan dengan cekap, teratur dan sistematik mengikut pekeliling yang sedang berkuat kuasa.

1.3   Piagam Seksyen Bajet

  • Menyediakan belanjawan mengurus dan pembangunan yang lengkap mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

1.4   Piagam Seksyen Gaji dan Akaun Staf

  • Memastikan pembayaran Gaji dikreditkan ke akaun staf mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara pada setiap bulan.

1.5   Piagam Seksyen Pentadbiran

  • Memastikan e-tiket penerbangan disediakan dalam tempoh 3 hari (bekerja) sebelum tarikh penerbangan.
  • Memastikan pengiklanan tender bagi universiti dibuat sejurus selepas perincian tender diterima.
  • Memastikan perolehan jabatan dibuat setelah permohonan diterima (mengikut kepentingan) dan juga peruntukan yang masih ada.
  • Memastikan perjawatan dimohon dari semasa ke semasa mengikut keperluan setiap bahagian/unit di Jabatan Bendahari.
  • Setiap aduan pelanggan yang diterima diberi maklum balas awal dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh aduan diterima.

1.6    Piagam Seksyen Perolehan

  • Pendaftaran pembekal dalam tempoh 2 minggu.
  • Memastikan Pesanan Tempatan (LO) / Inden dapat dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas menerima permohonan pembelian yang lengkap.
  • Memastikan surat tawaran bagi perolehan bekalan/perkhidmatan dapat dikeluarkan dalam masa 7 hari selepas diluluskan oleh jawatankuasa yang berkenaan.

1.7    Piagam Seksyen Pembayaran

  • Menguruskan pembayaran kepada staf/ pembekal dalam tempoh 14 hari dengan syarat dokumen yang diterima lengkap.
  • Pembayaran pendahuluan staf dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

1.8    Piagam Seksyen Terimaan Dan Akaun Pelajar

  • Resit rasmi bagi bayaran tunai, cek dan wang pos akan dikeluarkan pada masa penerimaan di Kaunter Bahagian Terimaan.
  • Resit rasmi bagi dana pindahan akan disediakan secepat mungkin setelah dana pindahan diterima masuk ke akaun universiti dan dokumen sokongan disahkan lengkap.
  • Bil tuntutan (invois) pelbagai disediakan dalam masa 7 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima dengan lengkap.
  • Bil tuntutan (invois) yuran pengajian pelajar disediakan dalam masa 14 hari sebelum pelajar mendaftar diri bagi semester baharu.
  • Bil tuntutan (invois) penaja disediakan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima dengan lengkap.
  • Surat peringatan kepada pelajar dikeluarkan pada minggu ke 5 semester pengajian.
  • Surat kuasa memungut hasil dan buku resit sementara kew38 disediakan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima dengan lengkap.