About Us

Visi

Beriltizam untuk menjadi pusat pengurusan kewangan unggul dan sentiasa menyokong dan mendokong misi serta visi universiti.

 

Misi

Menguruskan sumber kewangan universiti secara berhemah, cekap dan amanah serta memberikan perkhidmatan pengurusan kewangan yang berkualiti kepada pelanggan selaras dengan aspirasi universiti menjadi universiti premier yang unggul dan bertaraf dunia.

1.0    Piagam Pejabat Bendahari

  • Memastikan pengurusan kewangan Universiti dilaksanakan dengan cekap, teratur dan mematuhi peraturan dan pekeliling yang ditetapkan.
  • Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kewangan kepada pihak-pihak yang berkepentingan.
  • Menyediakan maklumat kewangan dengan tepat, cepat dan relevan kepada pelanggan.
  • Bertanggungjawab untuk memastikan kedudukan kewangan Universiti sentiasa terkawal seperti mana sasaran yang ditetapkan.
  • Mewujudkan peraturan-peraturan kewangan yang komprehensif dan berkesan.

1.1    Piagam Seksyen Akaun

  • Menyediakan Nota Jemaah Menteri (NJM) dan Laporan Ringkasan Kedudukan Kewangan dan Prestasi (LRKKP) untuk dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak lewat daripada 10 Januari setiap tahun.
  • Menyediakan Penyata Kewangan UPNM yang lengkap untuk dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara selewat-lewatnya pada 30 April setiap tahun.
  • Memastikan semua pelarasan Penyata Bank disediakan sebelum/ pada 10hb bulan berikutnya.
  • Memastikan semua manual jurnal dipost ke dalam sistem selewatnya 5hb setiap bulan.

1.2   Piagam Seksyen Aset

  • Memastikan aset alih universiti diuruskan dengan cekap, teratur dan sistematik mengikut pekeliling yang sedang berkuat kuasa.

1.3   Piagam Seksyen Bajet

  • Menyediakan belanjawan mengurus dan pembangunan yang lengkap mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

1.4   Piagam Seksyen Gaji dan Akaun Staf

  • Memastikan pembayaran Gaji dikreditkan ke akaun staf mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara pada setiap bulan.

1.5   Piagam Seksyen Pentadbiran

  • Memastikan e-tiket penerbangan disediakan dalam tempoh 3 hari (bekerja) sebelum tarikh penerbangan.
  • Memastikan pengiklanan tender bagi universiti dibuat sejurus selepas perincian tender diterima.
  • Memastikan perolehan jabatan dibuat setelah permohonan diterima (mengikut kepentingan) dan juga peruntukan yang masih ada.
  • Memastikan perjawatan dimohon dari semasa ke semasa mengikut keperluan setiap bahagian/unit di Jabatan Bendahari.
  • Setiap aduan pelanggan yang diterima diberi maklum balas awal dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh aduan diterima.

1.6    Piagam Seksyen Perolehan

  • Pendaftaran pembekal dalam tempoh 2 minggu.
  • Memastikan Pesanan Tempatan (LO) / Inden dapat dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas menerima permohonan pembelian yang lengkap.
  • Memastikan surat tawaran bagi perolehan bekalan/perkhidmatan dapat dikeluarkan dalam masa 7 hari selepas diluluskan oleh jawatankuasa yang berkenaan.

1.7    Piagam Seksyen Pembayaran

  • Menguruskan pembayaran kepada staf/ pembekal dalam tempoh 14 hari dengan syarat dokumen yang diterima lengkap.
  • Pembayaran pendahuluan staf dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

1.8    Piagam Seksyen Terimaan Dan Akaun Pelajar

  • Resit rasmi bagi bayaran tunai, cek dan wang pos akan dikeluarkan pada masa penerimaan di Kaunter Bahagian Terimaan.
  • Resit rasmi bagi dana pindahan akan disediakan secepat mungkin setelah dana pindahan diterima masuk ke akaun universiti dan dokumen sokongan disahkan lengkap.
  • Bil tuntutan (invois) pelbagai disediakan dalam masa 7 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima dengan lengkap.
  • Bil tuntutan (invois) yuran pengajian pelajar disediakan dalam masa 14 hari sebelum pelajar mendaftar diri bagi semester baharu.
  • Bil tuntutan (invois) penaja disediakan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima dengan lengkap.
  • Surat peringatan kepada pelajar dikeluarkan pada minggu ke 5 semester pengajian.
  • Surat kuasa memungut hasil dan buku resit sementara kew38 disediakan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima dengan lengkap.

 

hasil

 

Fungsi Seksyen Terimaan dan Akaun Pelajar

  • Mengeluarkan resit bagi setiap kutipan yang diterima
  • Menerima dan mengutip semua hasil universiti
  • Memantau dan mengawal penghutang (debtors ageing)
    universiti
  • Memproses bayaran biasiswa/ pinjaman/ tajaan kepada
    pelajar
  • Mengeluarkan invois kepada pelajar dan pihak luar bagi
    perkhidmatan yang berkaitan
  • Menyediakan semua laporan yang berkaitan kutipan hasil dan
    akaun pelajar
  • Urusetia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Yuran Universiti

 

aset

Fungsi Seksyen Aset

  • Menyelaras urusan penerimaan aset alih
  • Menyelaras urusan pendaftaran aset alih
  • Menyelaras urusan pemeriksaan aset alih
  • Mengurus dan menyelaras pelupusan aset alih
  • Urusetia kepada jawatankuasa cadangan perlindungan takaful
    aset alih unversiti
  • Mengurus dan menyelaras kehilangan dan hapus kira aset
    alih
  • Menyelaras urusan penyelenggaraan aset alih
  • Menjadi urusetia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan
    Aset Alih (JKPAK)

seksyenpayment

Fungsi Seksyen Pembayaran

  • Memproses bayaran pendahuluan diri dan pelbagai
  • Memproses bayaran invois/ pesanan tempatan/ inden
  • Memproses bayaran pelbagai tuntutan staf
  • Pelarasan pendahuluan
  • Memantau pendahuluan yang belum selesai
  • Memproses bayaran melalui bank draf/ pindahan telegrafik
  • Bayaran panjar wang runcit
  • Memproses elaun cuti belajar
  • Laporan prestasi pembayaran bil setiap 2 minggu