ANUGERAH PENGURUSAN FPJB TERBAIK
Kuala Lumpur, 10 Oktober 2018 - Jabatan Bendahari telah memenangi Anugerah Kualiti Naib Canselor iaitu anugerah pengurusan FPJB terbaik, sempena Majlis Anugerah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) 2018 pada 10 Oktober 2018 (Rabu) bertempat di Dewan Theatrette, Bangunan Lestari, UPNM. Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Y.Bhg Leftenan Jeneral Dato’ Abdul Halim Bin Haji Jalal, Naib Canselor UPNM. Kejayaan ini amat membanggakan buat warga Jabatan Bendahari.
Read More
ANUGERAH INOVASI DALAM PENTADBIRAN
Kuala Lumpur, 20 Julai 2017 - Jabatan Bendahari telah memenangi Anugerah Kualiti Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Perhubungan Korporat) iaitu Anugerah Inovasi Dalam Pentadbiran, sempena Hari Inovasi dan Majlis Anugerah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) 2017 pada 20 Julai 2017 (Khamis) bertempat di Dewan Theatrette, Bangunan Lestari, UPNM. Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Y.Bhg Senator Laksamana Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor, Pengerusi LPU. Kejayaan ini amat membanggakan buat warga Jabatan Bendahari.
Read More
PENARAFAN PENGURUSAN KEWANGAN (INDEKS AKAUNTABILITI) JABATAN AUDIT NEGARA(JAN)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah memperolehi 5 bintang dalam Penarafan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti) 2016 oleh Jabatan Audit Negara. UPNM telah diaudit berdasarkan beberapa Elemen Penilaian Pengurusan Kewangan. Sebagaimana yang sedia maklum, setiap tiga tahun sekali pihak Jabatan Audit Negara (JAN) akan melaksanakan Pengauditan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti) di badan berkanun termasuklah UPNM dan kali terakhir auditan dibuat di UPNM adalah pada tahun 2013. Dimaklumkan perbandingan prestasi pengurusan kewangan UPNM bagi tahun 2013 dan 2016 menunjukkan berlakunya peningkatan terhadap prestasi pengurusan kewangan UPNM. Berikut adalah graf prestasi pengurusan kewangan 38 BBP termasuk UPNM bagi tahun 2016 berbanding 2013. Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama, sumbangan dan dedikasi sepanjang tempoh pengauditan tersebut.
Read More
SIJIL PEMATUHAN SISTEM KEWANGAN BERKOMPUTER (SAGA)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah diberi pengiktirafan pematuhan SAGA bagi Sistem Kewangan dan Perakaunan pada 18 Julai 2016. Lebih membanggakan lagi UPNM adalah Universiti Awam ke-4 yang menerima Pengiktirafan Pematuhan SAGA.
Read More