ANUGERAH INOVASI DALAM PENTADBIRAN
Kuala Lumpur, 20 Julai 2017 - Jabatan Bendahari telah memenangi Anugerah Kualiti Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Perhubungan Korporat) iaitu Anugerah Inovasi Dalam Pentadbiran, sempena Hari Inovasi dan Majlis Anugerah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) 2017 pada 20 Julai 2017 (Khamis) bertempat di Dewan Theatrette, Bangunan Lestari, UPNM. Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Y.Bhg Senator Laksamana Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor, Pengerusi LPU. Kejayaan ini amat membanggakan buat warga Jabatan Bendahari.